Lebih 6,000 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Pantai Timur

Diterbitkan: Selasa, 25 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.

Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam Isnin, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 pada Isnin, manakala mangsa banjir di Johor pagi Selasa kekal 16 orang.

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Bharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam Isnin.

Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.

Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).

Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.

Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.

Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3meter.

Laluan sepanjang dua kilometer di km 68.1 hingga km70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6m. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan