BN Yakin Rampas 20 Kerusi Pembangkang - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Selasa, 25 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekali gus meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.

"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.

"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan