ATM Gerakkan Anggota Di Kawasan Banjir - Berita Semasa | mStar

ATM Gerakkan Anggota Di Kawasan Banjir

Diterbitkan: Selasa, 25 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digerakkan ke kawasan banjir yang kini melanda Pantai Timur, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM telah bersiap siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.

"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.

"Kalau kita lewat melakukan koordinasi pasukan, kita tidak boleh meletakkan anggota untuk misi menyelamat dan ini boleh membahayakan keselamatan mangsa banjir," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau mengulas situasi terkini banjir yang menyaksikan lebih 6,000 mangsa dipindahkan terutama di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Jelas Zulkifeli, anggota ATM telah dikerah untuk berkampung di sekolah, balai polis, dewan dan kem askar wataniah dalam misi banjir kali ini.

Menurutnya, ATM mempunyai aset khas seperti lori tujuh tan yang mampu mengharung air banjir bagi kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa.

Selain itu, ATM memiliki dapur bergerak untuk digunakan mangsa banjir di pusat pemindahan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan