Muhyiddin Sifatkan Dr Lin Keng Yaik Negarawan Terbilang

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Tun Dr Lim Keng Yaik seorang negarawan terbilang serta pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata mendiang, yang berkhidmat lebih 40 tahun dalam kerajaan dan Parti Gerakan, telah memberi perkhidmatan cemerlang dengan membawa perubahan besar untuk negara.

"Saya mengucapkan takziah kepada Toh Puan (Wong Yoon Chuan) dan keluarga. Mendiang seorang sahabat baik saya. Saya anggap pemergian beliau satu kerugian yang besar kepada rakyat dan negara," kata beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lim di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort di sini.

Dr Lim, meninggal dunia pada 5.13 petang semalam pada usia 73 tahun.

Turut mengiringi Muhyiddin ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Muhyiddin juga berkata Dr Lim, ketika memegang beberapa portfolio kementerian, sering mengeluarkan idea bernas dan dikenali sebagai Menteri Ekonomi yang bijak di peringkat antarabangsa.

"Beliau seorang menteri yang suka berterus terang, beliau tidak berselindung, bercakap dari hati yang ikhlas walaupun kadang-kadang ada pihak lain terasa pedas.

"Tetapi niat beliau adalah untuk sesuatu yang beliau fikir baik untuk rakyat dan negara," katanya.

Dr Lim, yang memegang jawatan terakhir dalam Kabinet sebagai Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi dari 2004 hingga 2008, akan diberi penghormatan negara sebelum mayatnya dibakar pada Rabu ini.

Antara kenamaan yang hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan