Jalan Utama Di Bukit Bintang Ditutup Sementara Pada Waktu Malam Mulai Rabu

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jalan utama di Bukit Bintang akan ditutup buat sementara waktu selama empat hari mulai Rabu untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT).

Lorong paling kanan akan ditutup mulai Rabu hingga Khamis manakala lorong paling kiri mulai Jumaat hingga Sabtu, kata MRT Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penutupan itu meliputi jarak sepanjang 50 meter di kedua-dua hala bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi.

Penghadang keselamatan, kon trafik serta petugas akan ditempatkan bagi memberitahu dan mengawal pengguna jalan yang lalu di kawasan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MRT www.mmymrt.com.my atau hubungi talian 1800-82-68686 atau twitter.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan