Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Di Kelantan, Terengganu Dan Pahang

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pada Isnin.

Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh serta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan di sini.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga dijangka berterusan sehingga Rabu ini dan keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Dalam pada itu, JMM turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning di beberapa kawasan di Pahang seperti daerah Jerantut, Maran dan Bera serta beberapa daerah di Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka akan mengalami hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sehingga Rabu ini.

Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut kenyataan itu.

Portal JMM pula menyatakan beberapa kawasan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang manakala hujan sementara dijangka berlaku di Kudat dan Tawau, Sabah.

Amaran peringkat kuning ialah kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam, amaran peringkat jingga ialah hujan monsun sederhana yang berlaku untuk beberapa jam dan amaran peringkat merah pula ialah hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan