50 Komuniti 1Malaysia Bakal Diwujud Di Wilayah Persekutuan Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 Komuniti 1Malaysia bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan tahun depan dalam usaha memperkasakan lagi semangat perpaduan kaum.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Anuar Mushaddad Husain berkata, setakat ini terdapat 48 Komuniti 1Malaysia di kawasan Wilayah Persekutuan dari 12 Parlimen.

Beliau berkata, daripada jumlah baharu itu, terdapat 20 Komuniti 1Malaysia bukan Melayu akan diwujudkan.

"Sekarang Komuniti 1Malaysia bukan Melayu hanya ada enam iaitu tiga dari kaum India dan tiga kaum Cina. Penambahan ini juga sebagai menyahut cabaran peringkat kebangsaan untuk menambah bilangan Komuniti 1Malaysia di seluruh negara," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan sokongan komuniti bukan Melayu di Wilayah Persekutuan terhadap penubuhan Komuniti 1Malaysia kerana segala aktiviti yang dilancarkan di bawah komuniti berkenaan mendapat sambutan menggalakkan.

"Komuniti 1Malaysia mampu menjadi platform di peringkat akar umbi membantu kerajaan menyampaikan dasar dan mesej kepada masyarakat secara berkesan sekaligus mengeratkan silaturrahim antara agensi kerajaan dengan penduduk setempat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan