Remaja Maut, Motosikal Rempuh Belakang Treler

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler di kilometer 260.3 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini pagi Ahad.

Dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, mangsa, Farul Rhyzuwan Abd Wahab, 19, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaya 125Z dipercayai dalam perjalanan dari arah Senawang menuju ke Seremban.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang berada di laluan kiri lebuh raya itu tidak perasan sebuah treler membawa muatan bijih besi sedang berhenti di laluan berkenaan.

"Mangsa yang tidak sempat menggelak terus melanggar belakang treler berkenaan dan menyebabkan mangsa bersama motosikalnya tercampak sejauh beberapa meter," katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati treler berkenaan yang dalam perjalanan menuju Pulau Pinang, sedang mengalami kerosakkan dan tidak dapat dialihkan ke laluan kecemasan.

Katanya, pemandu treler berusia 44 tahun itu yang tidak mengalami kecederaan kemudiannya telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan