Pemergian Lim Kehilangan Besar Pada Parti Dan Negara - Koh

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik, merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.

Beliau berkata mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai Presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini.

"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara.

"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam ini.

Dr Lim, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Country Resort, Petaling Jaya pada 4.45 petang.

Beberapa pemimpin parti politik turut mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kerjaya cemerlang mendiang dalam politik selama lebih tiga dekad banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara perindustrian.

"Sifat beliau yang suka berjenaka ketika berinteraksi dengan rakyat tidak boleh ditiru sesiapa. Sumbangan mendiang kepada negara dan rakyat akan sentiasa dikenang," kata beliau dalam laman facebooknya.

Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pula menggunakan laman Twitter untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

"Takziah kepada keluarga mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik. Kehilangan anda akan dirasai semua," katanya.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dr Lim banyak menyumbang kepada negara dan sumbangan mendiang akan sentiasa diingati.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda Gerakan Datuk Lim Si Pin.

Beliau berkata pemergian Dr Lim, yang merupakan antara Menteri Kabinet daripada kaum Cina paling lama berkhidmat, satu kehilangan besar kepada negara.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau terkejut mendengar berita kematian Dr Lim dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Dr Lim seorang tokoh besar politik dalam generasi beliau.

"Beliau sentiasa berterus terang, sangat bijak, tidak berlagak dan mengutamakan kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan