MILF Mahu Peranan IMT Di Mindanao Diperluas

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mahu peranan pasukan pemantau antarabangsa (IMT) yang diketuai Malaysia di Mindanao, selatan Filipina dikekal dan diperluas.

Pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim berkata IMT wajar berperanan bukan sahaja memantau gencatan senjata tetapi juga pelaksanaan program kemanusiaan dan pemulihan di wilayah tersebut.

"Buat masa ini, mandat mereka hanya memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada 15 Oktober lepas, MILF dan kerajaan Filipina menandatangani kerangka perjanjian damai yang mengakhiri konflik antara kedua-dua pihak sejak lebih empat dekad di wilayah selatan negara itu.

Persetujuan ke arah pendamaian itu dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan yang berlangsung dari 2 hingga 7 Okt lepas. Malaysia menjadi pengantara rundingan damai kedua-dua pihak sejak 2001.

Mengulas lanjut, Murad berkata IMT juga boleh memainkan peranan sebagai pihak pemantau ketiga berhubung pelaksanaan kerangka perjanjian damai itu.

Katanya IMT setakat ini berjaya memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan di wilayah tersebut.

IMT diwujudkan pada 2004 untuk memantau perjanjian gencatan senjata antara MILF dan kerajaan Filipina.

Selain Malaysia, IMT turut membabitkan Brunei, Indonesia, Jepun, Norway dan Kesatuan Eropah serta dibantu pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sama ada tempatan atau antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan