Malaysia Youth Buskers Fest Rapatkan Kerajaan Dan Golongan Muda

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendekatan Pemuda Barisan Nasional (BN) menganjurkan festival muzik Malaysia Youth Buskers Fest 2012 di KLCC di sini dilihat berjaya merapatkan hubungan kerajaan dan golongan muda.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pendekatan sedemikian perlu dilaksanakan Pemuda BN bagi menarik sokongan golongan muda yang tidak berminat dalam hal ehwal politik.

"Walaupun kita parti politik, kita perlu lakukan sesuatu di luar kotak politik itu sendiri bagi mendekati golongan muda (yang tidak minat politik) ini supaya kita boleh fahamkan mereka mengenai perjuangan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival sehari itu Sabtu.

Festival yang menampilkan 200 kumpulan 'buskers' muda atau pemuzik jalanan dari seluruh negara itu dimeriahkan oleh lebih 2,000 pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Selain persembahan muzik, festival itu menampilkan beberapa gerai pameran seperti oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi informasi terkini kepada golongan muda tentang inisiatif kerajaan serta pilihan raya.

Seorang mahasiswa kolej swasta Tan Shan Yee, 20, berkata inisiatif menggunakan muzik bagi mendekatkan kerajaan dan golongan muda adalah langkah yang amat tepat, malah kerajaan perlu melakukan lebih banyak program seumpamanya.

"Selain itu, kerajaan perlu menambah akademi muzik di Malaysia supaya golongan muda ini dapat mempelajari pelbagai muzik dan mempunyai harapan yang cerah di masa depan.

"Penubuhan akademi seni seperti Aswara adalah langkah baik oleh kerajaan, jadi saya harap lebih banyak akademi seperti itu ditubuhkan," katanya kepada Bernama.

Bagi jurutera mekanikal Edvard Simmons, 29, yang berasal dari Amerika Syarikat, pendekatan menggunakan muzik bagi mendekati golongan muda amat berkesan dalam memastikan mereka memahami kerajaan memajukan negara.

"Di negara saya, ada banyak festival muzik seperti Woodstock tetapi ia kerana cintakan muzik terutama bagi golongan muda dan mendapat banyak sokongan kerana muzik merupakan 'nadi' generasi kami.

"Bagaimanapun, kerajaan anda menggunakan muzik untuk mendekati serta memahami golongan muda, hanya beberapa parti politik dan kerajaan yang begitu merendah diri akan berbuat demikian untuk orang muda mereka," kata Simmons yang bertugas di sebuah syarikat tempatan sejak dua tahun lepas.

Seorang pemuzik yang menyertai festival itu, Nabil Asyraf Abd Halim, 22, berkata program tersebut mampu mengembangkan bakat muzik dalam diri generasi muda, seterusnya membantu membina jati diri terbaik.

"Program seperti ini bagus untuk golongan muda, selain dapat membangunkan industri muzik Malaysia dan memperjuangkan pelbagai genre muzik masa kini," katanya.

Pada festival itu, sebuah kumpulan buskers, KKSY Percussion dari Kolej Komuniti Selayang, berjaya menarik perhatian pengunjung termasuk Khairy, yang turut beramah mesra dengan anggotanya.

Pensyarah kolej itu, Airine Abdullah, 28, yang turut menyertai KKSY Percussion membuat persembahan, berkata program tersebut menyediakan satu platform kepada golongan muda menunjukkan bakat mereka secara sihat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan