Lawatan PM Ke India Tarik Perhatian Pakar AS

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Para pakar Amerika Syarikat ke atas Asia bersetuju dengan saranan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu sahaja mengakhiri lawatannya ke India, agar syarikat-syarikat Malaysia merebut peluang ke atas negara itu sebaik sahaja sektor perkhidmatan dan pelabur antara Asean dan India dilonggarkan.

Najib berada di New Delhi kerana menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan India-Asean selama dua hari yang menandakan hubungan baik dua dekad India-Asean. Ia turut dihadiri oleh para pemimpin Asean yang lain.

Sidang Kemuncak itu juga mendapat laporan meluas di beberapa akhbar Amerika Syarikat, termasuk Wall Street Journal yang mempunyai edisi India.

Minat atau kepentingan AS di India pada masa ini amat tinggi: Washington telah menggalakkan integrasi ekonomi bukan hanya dalam lingkungan Asia Selatan tetapi juga dengan kumpulan Asean yang telah mencapai tahap tinggi integrasi di Asia Tenggara.

Kerjasama ekonomi Asia Selatan, menerusi persatuan serantau yang dikenali menerusi akronim SAARC, telah kekal dengan apa yang disifatkan sebagai "still-born child" sejak diperkenalkan pada 1985.

Tetapi India, sebagai ahli terbesar India, telah berkembang menjadi antara negara paling dinamik dunia walaupun mencabar pasaran, dengan populasi 1.2 bilion orang, yang mana hampir 400 juta pengguna kelas pertengahan yang berkemampuan dari segi wang tunai boleh menampung masyarakat pengguna moden yang mewah.

Najib, seperti mana yang dikatakan oleh seorang pemerhati AS yang enggan dikenali kepada Bernama, membuat "kenyataan yang tampak benar" di New Delhi.

Pentadbiran AS terutamanya telah mendapat rangsangan daripada kata muktamad Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-India (FTA) dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan, sekali gus meliberalisasikan sub-sektor seperti penjagaan kesihatan, pelancongan, pengangkutan, pelancongan dan perkhidmatan berkaitan pengembaraan, farmaseutikal dan bioteknologi.

FTA akan dimeterai pada bulan Ogos tahun depan.

Integrasi India dengan perkumpulan Asean juga penting untuk kepentingan AS di rantau Asia Pasifik di mana Washington akan menonjolkan lagi kehadirannya, jelas sekali, sebagai maklum balas kepada cita-cita China mengembangkan ekonomi dan militarinya.

Sumber India-Asean memanfaatkan 1.8 bilion penduduk dan gabungan keluaran dalam negara kasar US$3.8 trilion dan angka-angka hebat ini adalah seiring dengan potensi meluas untuk kerjasama perniagaan dan strategik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan