K'jaan Dengan Pendekatan Kesederhanaan Harus Menjadi Pilihan Rakyat - Shahidan

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diasaskan atas konsep wasatiyah atau kesederhanaan harus menjadi pilihan rakyat.

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pendekatan kesederhanaan yang diambil Perdana Menteri ialah memastikan semua rakyat tanpa mengira bangsa, maju melalui pendidikan dan ekonomi.

"Jikalau kerajaan dengan pendekatan sedemikian ditolak, maka rakyat sendiri yang rugi nikmat perpaduan itu," kata Shahidan yang juga pengerusi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Minum Petang Rakyat 1Malaysia bersama NCER dan Parlimen Permatang Pauh, di sini, Sabtu.

Shahidan berkata rakyat harus menyokong Perdana Menteri kerana berani menabur janji menerusi pendekatan seperti Rakyat Diutamakan, Janji Ditepati, 1Malaysia dan kesederhanaan.

Katanya sesebuah parti harus mantap sebelum menjadi ketua kepada rakyat dan tidak bergaduh sesama sendiri seperti pakatan pembangkang yang tiada perancangan masa depan untuk rakyat tetapi hanya mahu menumbangkan BN.

Shahidan berkata satu bendera BN jelas mencerminkan kerjasama erat antara parti komponen yang lain dan bukan seperti pakatan pembangkang yang mempunyai tiga panji yang berbeza.

Terdahulu, Shahidan menyampaikan pelbagai bantuan berjumlah kira-kira RM600,000 iaitu bantuan pertanian, bantuan fakir miskin, penyerahan netbook kepada pelajar cemerlang dan anugerah tokoh dikenang. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan