Kenal Pasti Dan Iktiraf Orang Awam Yang Ada Tokoh Kepolisan -Ismail Omar

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta ketua polis daerah di seluruh negara mengenal pasti tokoh polis dalam kalangan orang awam di kawasan masing-masing, untuk diiktiraf dan diberi penghargaan.

Katanya golongan berkenaan bukan sahaja banyak membantu tugas polis, tetapi juga berupaya menjadi penghubung antara orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah.

"Ini era kepolisan yang baharu...transformasi perkhidmatan awam yang berubah... Polis kini bukan hanya duduk di balai sahaja tapi menggunakan pendekatan yang lebih agresif agar keselamatan dan keamanan negara dapat dipertahankan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat PDRM dan Persidangan Tahunan Sukarelawan Simpanan Polis Se-Malaysia di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Ismail berkata dalam usaha transformasi perkhidmatan kepolisan, PDRM memerlukan sokongan dan kerjasama anggota masyarakat, terutama individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjaga keamanan.

"Kita mahu memperkemaskan lagi rangkaian komunikasi antara dua belah pihak kerana kita mempunyai banyak cabaran-cabaran baru seperti perkembangan IT dan permintaan daripada masyarakat yang mahu kita memberi respons segera kepada apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini," katanya.

Katanya PDRM juga mengalu-alukan semua pihak sama ada agensi kerajaan, NGO atau orang perseorangan yang sudi menyumbang keperluan logistik kepada PDRM bagi memantapkan lagi perkhidmatan polis.

Pada majlis itu Ismail menyampaikan Anugerah Tokoh Kehormat kepada beberapa individu termasuk Lee yang diberi pangkat Asisten Komisioner kehormat serta pangkat Superintendan Kehormat kepada Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Datuk Johny Ching Ewe Gee, Dr T. Alagaratnam dan Ranjit Singh Mahinder Singh.

Beliau turut menyampaikan 16 kenderaan cegah jenayah meliputi trak pikap, kenderaan pelbagai guna SUV dan motosikal sumbangan beberapa individu kepada MCPF Pahang, bagi membantu melakukan rondaan dan pencegahan jenayah sekitar negeri itu.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan