Kelab Putera 1Malaysia Berlepas Ke Mindanao, Tumpu Bantuan Di Kawasan Daif - Berita Semasa | mStar

Kelab Putera 1Malaysia Berlepas Ke Mindanao, Tumpu Bantuan Di Kawasan Daif

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menumpukan bantuannya kepada penduduk di kawasan daif yang turut menjadi mangsa Taufan Bopha semasa Misi Bantuan Kemanusiaannya ke Mindanao, Filipina bermula Ahad.

Presiden KP1M Datuk Azeez Abdul Rahim berkata berdasarkan laporan anggota kelab yang sudah berada di sana mendapati, keadaan di kawasan berkenaan amat teruk hinggakan tiada yang boleh dianggap sebagai tempat tinggal.

"Keadaan dan kawasan begitu daif dan amat teruk. Kami juga berdepan cabaran tiada tempat rehat yang sempurna. Anggota-anggota kami mungkin tidur di belakang masjid atau dewan kerana memang tiada hotel (yang beroperasi).

"Kawasan kami adalah di 'ground zero'. Saya percaya itu tidak menghalang pasukan kami melunaskan amanat dan tanggungjawab untuk membantu mangsa bencana di Mindanao," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum pasukan KP1M, yang turut disertai doktor dan wartawan, berlepas ke Mindanao dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini. Mereka menaiki pesawat Charlie milik TUDM untuk perjalanan kira-kira tujuh jam bagi melaksanakan misi lima hari itu yang turut membawa 36 tan barangan makanan, ubat-ubatan serta kerusi roda.

Abdul Azeez berkata KP1M berharap dapat menyampaikan sumbangan itu kepada 80,000 keluarga yang ditempatkan di tiga khemah di kawasan bencana tersebut.

"Kita ada rakan-rakan di sana termasuk Islam dan bukan Islam dan ada juga yang bakal menyambut Hari Krismas. Diharapkan bantuan ini mampu meringankan beban mereka," katanya.

Ini merupakan bantuan ketiga dari Malaysia selepas dua bantuan membabitkan makanan, pakaian serta barangan keperluan harian bernilai RM600,000 diserah pada 7 dan 14 Dis lepas.

Laporan media menyatakan Taufan Bopha, yang melanda Mindanao pada 4 Disember lepas, dilaporkan telah meragut 1,050 nyawa selain mencederakan lebih 2,000 orang manakala 800 orang lagi masih hilang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan