Gempa Bumi Sederhana Landa Kepulauan Talaud Di Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.52 malam Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa itu berpusat di 35 km timur laut Kepulauan Talaud, Indonesia dan 932 km tenggara Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan