BN S'gor Kenal Pasti 5,000 Individu Minat Sertai BN

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenal pasti 5,000 individu di negeri ini yang berminat menyertai BN.

Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini.

"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11 Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.

Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negara membabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan isu itu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.

Mengulas mengenai karnival selama empat hari yang akan diadakan 29 Dis ini, Mohd Zain berkata orang ramai boleh menikmati kemudahan parkir percuma sepanjang karnival itu berlangsung. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan