Banjir Mula Landa Terengganu, 92 Mangsa Dipindah Di Dungun

Diterbitkan: Ahad, 23 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sebanyak 92 penduduk membabitkan 16 keluarga dari tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara, selepas banjir melanda kawasan rumah mereka sejak malam Sabtu.

Tujuh daripada keluarga terbabit meliputi 39 orang yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Bukit Gendut, Pulau Serai dipindahkan ke Sekolah Rendah Pulau Serai pukul 9 malam tadi.

Enam keluarga dengan 33 mangsa dari Kampung Tanjung Pagar Lima dan tiga keluarga membabitkan 20 orang dari Kampung Seberang Pintasan dipindah ke balai raya kampung masing-masing.

Menurut Anggota Parlimen Dungun Datuk Matulidi Jusoh yang ditemui selepas melawat mangsa di pusat pemindahan pada Ahad, banjir berlaku selepas hujan lebat di daerah itu sejak 6 pagi Sabtu.

Selain itu, limpahan air Sungai Pimpin juga menyebabkan kawasan PPRT Bukit Gendut dilanda banjir, katanya.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah menyalurkan bantuan seperti makanan dan minuman kepada mangsa terbabit.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya segera berpindah apabila diminta pihak berkuasa selain memastikan anak-anak mereka tidak bermain air banjir.

Sementara itu seorang mangsa, Raihan Deraman,48, berkata air mula memasuki rumahnya pada pukul 7 petang dan ini adalah kali kedua keluarganya terpaksa berpindah sejak di rumah PPRT kampung tersebut tiga tahun lepas.

Katanya, beliau sekeluarga sudah bersedia sejak beberapa minggu lalu bagi menghadapi kemungkinan banjir dengan meletakkan perabot di tempat tinggi selain menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat.

Jirannya, Nashimah Salleh,47, pula berharap banjir kali ini tidak seburuk 2010 yang mencapai paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan