Veteran Umno Disaran Dekati Golongan Muda Bantu Tingkat Sokong BN

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon meminta veteran Umno agar mendekati golongan muda dalam usaha meningkatkan sokongan terhadap BN dan Umno.

Noriah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata mereka juga boleh memainkan peranan menarik golongan muda dengan berkempen dalam kalangan anggota keluarga masing-masing.

"Mereka juga boleh menggalakkan anak atau cucu mendengar ceramah atau mengikuti program-program BN," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata jentera BN Sungai Besar juga perlu bekerja keras bagi mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar yang disandangnya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang yang disandang bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, selain meningkatkan usaha merampas kerusi DU NSekinchan yang disandang Ng Suee Lim dari DAP.

"Peluang untuk merampas kerusi Sekinchan masih ada kerana masyarakat di sana maklum dan sedar bahawa BN selalu di hadapan dalam menjaga kebajikan mereka," katanya.

Terdahulu, Noriah melancarkan Tabung Bantuan Gaza bagi Kolej Komuniti Seluruh Selangor di Sabak Bernam yang bertujuan mengumpul dana membantu rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel.

Sejumlah lapan kolej komuniti di seluruh Selangor menyertai kempen itu yang dijadualkan berakhir Februari depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan