Semua Calon BN Pada PRU13 Akan Ditapis SPRM Sebelum Dimuktamadkan - PM

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa kibaran bendera
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa kibaran bendera "Flag Down of the ASEAN India Car Rally " kepada kereta Pasukan Malaysia di Vigyan Bhawan di New Delhi, India pada Jumaat -Foto BERNAMA

NEW DELHI: Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita akan merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.

Mengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri berkata apa jua perubahan yang dilakukan terhadap senarai calon itu nanti bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir. "Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan. "(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya.

Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, "Soalan lain... satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus." -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan