BN Tidak Berkompromi Dengan Pihak Jadi Dalang Mahasiswa Bertindak Luar Batasan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan perbuatan mana-mana pihak yang menjadi dalang sehingga menyebabkan golongan muda, terutama mahasiswa, bertindak di luar batas undang-undang dalam memperjuangkan sesuatu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana menghormati undang-undang merupakan perkara nombor satu yang harus ada pada diri setiap mahasiswa jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik serta berjuang di samping Pemuda BN bagi membela nasib rakyat dan negara.

Beliau mengulas isu Umar Mohamad Azmi, 23, pelajar tahun akhir kolej swasta yang dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Umar sebelum itu terlibat dengan gerakan 'Occupy Dataran' yang berhimpun di Dataran Merdeka pada 23 April lepas untuk memperjuang penghapusan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional dan pendidikan percuma.

Khairy berkata seorang mahasiswa dididik untuk menjadi pemimpin pada masa depan namun jika tersalah memilih jalan dan melanggar undang-undang, akan hanya menyebabkan diri serta keluarga merana.

"Sama ada Umar diperalat oleh pihak tertentu demi kepentingan politik pihak tersebut, itu kena tanya Umar sendiri... tetapi apa yang terjadi kepada Umar amat berat hati saya nak lihat dan baca," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysian Youth Buskers Fest 2012 di Suria Esplanade KLCC.

Festival sehari itu, yang menampilkan 200 pemuzik muda dari seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan, terutama di kalangan pengunjung KLCC termasuk pelancong asing.

Sehubungan itu, Khairy menasihati mahasiswa di negara ini supaya menggunakan saluran yang betul dan menghormati batasan undang-undang jika ingin memperjuangkan sesuatu isu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sanggup turun padang mendengar apa yang mahu dikatakan mahasiswa, beliau juga mendengar melalui pelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.

"Sebagai negara demokrasi, kita telah sediakan cukup saluran untuk mahasiswa menyalurkan apa yang berada di minda mereka, jadi mengapa perlu berdemonstrasi di sana sini dan langgar undang-undang, untuk apa?" katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan