Tahap Keselamatan KKIA Sentiasa Dikawal Selia DCA - Rahim Bakri

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sentiasa dikawal selia oleh pengawal atur lapangan terbang, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri. Katanya DCA akan menggunakan piawaian dan penanda aras antarabangsa melalui pengawal atur antarabangsa, iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpusat di Montreal, Kanada.

"Semasa lapangan terbang itu dibina, kerajaan juga mengguna khidmat juru perunding bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang pembinaan lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Consultancy Services.

"Juru perunding yang sama mengawal selia projek KLIA dan Lapangan Terbang, Kuching," katanya di dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, Jumaat.

Setiap peringkat pembinaan mewajibkan pengesahan juru perunding tentang aspek kepatuhan kepada reka bentuk binaan sebelum kerajaan meluluskan pembayaran terhadap kontraktor pembina, katanya, yang menolak dakwaan Global Upline Sdn Bhd (GUSB) bahawa KKIA tidak selamat.

Secara kesimpulannya, Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata sekiranya kesemua perkara tersebut dipatuhi tidak ada sebab mengapa lapangan terbang tersebut tidak selamat.

Pada 18 Disember lepas, Ketua Penasihat GUSB Tan Sri Ting Pek Khiing berkata syarikat itu telah menghentikan semua kerja pembinaan di KKIA berkuat kuasa 17 Disember lepas dan menyalahkan Kementerian Pengangkutan kerana gagal memberikan Sijil Siap Praktikal (CPC) kepada syarikat itu selepas kerja-kerja disiapkan mengikut jadual pada seksyen satu dalam Pakej 2 projek di lapangan terbang tersebut.

GUSB telah diberi kontrak melakukan kerja-kerja menaik taraf lapangan terbang itu.

Sebaliknya, Ting berkata Kementerian Pengangkutan mengeluarkan Sijil Perakuan Tidak Siap Kerja (CNC) dan mendakwa landasan KKIA tidak selamat untuk sebarang aktiviti kerana ia tidak diiktiraf sebagai sudah siap.

Ting juga mendakwa Kementerian Pengangkutan enggan memulangkan 50 peratus Jaminan Bank (BG) serta gagal membayar tuntutan kontrak RM113 juta untuk kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan RM21 juta untuk Lapangan Terbang Labuan sehingga GUSB mengambil tindakan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula pembayaran yang dijanjikan.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan pada Rabu lepas mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan GUSB bahawa landasan itu tidak selamat dan menjelaskan DCA, yang bertanggung jawab menetapkan piawaian lapangan terbang, dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), yang mengendali lapangan terbang berkenaan, telah mengesahkan KKIA mematuhi piawaian ICAO. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan