Pusat Asean-India Akan Ditubuhkan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sebuah Pusat Asean-India akan ditubuhkan di sebalik kerjasama yang terus diperkukuhkan dalam perkumpulan itu dengan ikatan hubungan terus ditingkatkan kepada perkongsian strategik.

Pusat berkenaan akan diwujudkan menggunakan keupayaan sedia ada, menurut Kenyataan Wawasan yang dikeluarkan pada sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di sini hari ini.

"India akan menyokong dan bekerjasama rapat dengan Asean untuk merealisasikan Komuniti Asean pada 2015, terdiri daripada tiga tonggak, iaitu Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosio-Budaya Asean," menurut kenyataan itu.

Difahamkan pusat itu akan ditempatkan di ibu negara India, New Delhi.

Pusat seumpama itu telahpun diwujudkan sebelum ini dengan rakan Asean yang lain, misalnya Jepun. Pusat Asean-Jepun terletak di Shimbashi, Tokyo.

Pusat itu bertindak sebagai pusat promosi Asean bagi perdagangan, pelaburan, pelancongan dan budaya.

India dan 10 negara anggota perkumpulan itu dihuni kira-kira 1.8 bilion penduduk dengan gabungan Keluaran Negara Kasar berjumlah US$3 trilion.

Dalam kenyataan itu, perkumpulan itu turut berkata mereka komited untuk menjalin kerjasama keselamatan dan perkongsian maklumat yang lebih hebat dalam bentuk dialog keselamatan tetap dan di peringkat tinggi untuk terus menangani cabaran keselamatan yang nyata.

Ini termasuk jenayah rentas negara dan memperkukuhkan pelaksanaan secara berkesan Deklarasi Bersama Asean-India untuk Memerangi Keganasan Antarabangsa.

"Kami komited untuk memperkukuhkan kerjasama bagi memastikan keselamatan maritim dan kebebasan pelayaran, serta keselamatan laluan di laut kepada pergerakan perdagangan tanpa belenggu," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut kedua-dua pihak komited untuk mencapai sasaran US$100 bilion bagi perdagangan Asean-India menjelang 2015, dan menjangkakan paras bebas tarif akan meningkat mengatasi tahap sedia ada dalam tahun-tahun mendatang".

India menjadi rakan dialog sektoral perkumpulan itu sejak 1992.

Hubungan itu dipertingkatkan kepada perkongsian dialog sepenuhnya pada 1995. Sejak 2002, kedua-dua pihak mengadakan sidang kemuncak tahunan.

Rangka kerja perjanjian mengenai kerjasama ekonomi yang menyeluruh dimeterai pada 2003 dan perjanjian mengenai perdagangan barangan pula pada 2009.

Perjanjian mengenai perkhidmatan dan pelaburan dijadual ditandatangani pada Ogos 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan