Penduduk Di Kawasan Rendah Di Sabah, Kelantan, Terengganu Dan Pahang Diminta Waspada

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang diminta bersiap sedia untuk menghadapi banjir ekoran hujan lebat berikutan monsun timur laut atau musim tengkujuh yang bermula akhir Oktober lalu sehingga awal Mac depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, nasihat hujan lebat peringkat kuning telahpun dikeluarkan pada petang Rabu lalu yang boleh membawa risiko banjir di negeri-negeri berkenaan.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kudat, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Putih dan Machang manakala di Terengganu meliputi daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan