Pastikan Ahli Keluarga Tidak Dipengaruhi Pergerakan Sokong Keganasan - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia digesa sentiasa memerhatikan ahli keluarga mereka memandangkan militan diketahui akan merekrut dan mempengaruhi orang ramai untuk menyertai perjuangan mereka dengan pelbagai kaedah, termasuklah melalui internet, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Orang awam harus mengambil iktibar daripada kematian Mohd Noor Fikrie Abd Kahar yang disyaki ahli Jemaah Islamiah (JI)di selatan Filipina minggu lalu, katanya.

Mohd Noor Fikrie telah ditembak mati oleh polis di Davao selepas dia disyaki memiliki alat letupan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati semua rakyat Malaysia untuk berwaspada dengan pergerakan ahli keluarga mereka.

"Ini bagi mengelakkan ahli keluarga kita dari dipengaruhi dan mudah tertipu oleh mana-mana ideologi serta pergerakan militan yang menyokong keganasan," Hishammuddin berkata dalam satu kenyataan, Khamis.

Fikrie Mohd Noor, 26, dan isterinya rakyat Filipina Annabelle Nieva Lee sedang mendaftar keluar dari Hotel Sampaguita sebelum ditembak polis.

Mangsa cuba melarikan diri dengan bom buatan sendiri dan alat letupan mudah alih, dan mengugut untuk meletupkan bom jika polis membuat apa-apa langkah untuk menangkapnya.

Dia telah ditembak mati oleh polis manakala isterinya telah ditangkap dan sedang disoal siasat.

Bom, yang dibuat dengan 60mm mortar, kemudian ditemui sebelum dihapuskan.

Laporan akhbar mendakwa Mohd Noor Fikrie pernah berhubung rapat dengan pemimpin teratas JI dan rakan senegara, Zulkifli Abdul Hir, juga dikenali sebagai Marwan, melalui media sosial.

Polis bersara Abd Kahar Sirul, 53, yang merupakan bapa kepada Mohd Noor Fikrie, berkata anaknya menghabiskan banyak masa dengan media sosial, seperti Facebook, selepas perkahwinan pertamanya berakhir.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan