KP Selangor Kecewa Dengan Tuduhan Biarkan Kegiatan Perjudian Berleluasa

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada Jumaat meluahkan rasa kecewa apabila pasukan itu digambarkan gagal mengekang kewujudan premis perjudian tidak berlesen di negeri tersebut.

Sebaliknya kata beliau, usaha polis yang melakukan serbuan demi serbuan sepanjang tahun ini tidak mendapat kerjasama pihak berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak melaksanakan penyitaan terhadap premis yang diserbu.

Polis menyerahkan 188 permohonan sita kepada PBT yang berkenaan, namun tiada satupun dilaksanakan, katanya pada sidang media di sini.

Menurut Tun Hisan, pihaknya juga sukar mendapat mendapat kerjasama untuk memutuskan bekalan elektrik dan air ke premis terbabit, menyebabkan premis yang baru diserbu kembali beroperasi dalam masa singkat.

Beliau mengulas laporan muka depan dan laporan susulan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini bahawa kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Akhbar sama turut melaporkan kenyataan exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bahawa "tidak banyak" yang boleh dilakukan oleh PBT terhadap kegiatan perjudian haram di negeri itu dan meminta pihak polis serta pihak berkuasa lain memainkan peranan agresif untuk bersama-sama menangani kegiatan itu.

Jelas kecewa dengan tuduhan itu, Tun Hisan berkata setakat November tahun ini, polis Selangor merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan.

"Ini bermakna sehari kita buat 23 kali serbuan iaitu sebanyak 23 premis mesin perjudian diserbu setiap hari.

"Nampaknya ada pihak tertentu mempunyai niat berlainan dan memaparkan seolah-olah polis Selangor tidak ambil tindakan (terhadap permis perjudian) sungguhpun hakikat adalah sebaliknya," katanya dalam nada yang agak keras.

Katanya selagi pihak berkaitan tidak memberi kerjasama sewajarnya, usaha pihak polis untuk membanteras premis perjudian tanpa lesen di Selangor tidak akan berjaya. "Dalam menangani gejala sosial ini semua pihak kena main peranan, kalau setakat pihak polis sahaja yang melakukan serbuan, rampasan dan tangkapan, ini tidak akan selesaikan masalah ini kerana 'the next day' mereka akan datang hantar lagi (mesin perjudian). Kita (polis) nak fokus pada banyak perkara untuk menjaga keamanan," katanya.

"Kita telah kenal pasti sebanyak 1,577 premis (mesin perjudian tanpa lesen) jika semua dapat ditutup bekalannya saya yakin tidak ada perjudian atau maksiat di Selangor," katanya.

Selain itu, beliau berkata kedegilan sesetengah pemilik bangunan atau premis yang mementingkan keuntungan kewangan dengan membenarkan aktiviti haram dijalankan di premis mereka turut menyumbang kepada peningkatan kegiatan itu.

Tun Hisan berkata sebanyak 69 peratus kes melibatkan mesin perjudian tanpa lesen telah dibawa ke mahkamah setakat ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan