Diskaun, Rebat Tol Hingga 37.5 Peratus Sempena Krismas

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 24 syarikat konsensi lebuh raya bersetuju memberi diskaun, rebat tol antara tiga hingga 37.5 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Krismas 25 Disember ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata kira-kira dua juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya semasa cuti perayaan itu.

"Ia bagi menyambut seruan kerajaan agar syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ismail berkata lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Koridor Guthrie (Gutrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Yang lainnya ialah Lebuhraya SMART, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara (NNKSB).

Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuhraya KL-Putrajaya (Mex), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan