14 Juta Wanita Digesa Salur Cadangan, Harapan Untuk Program Gagasan Aspirasi Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Lebih 14 juta wanita di negara ini digesa memainkan peranan dengan menyalurkan pelbagai cadangan, harapan mahupun aspirasi bagi menjayakan Program Gagasan Aspirasi Wanita anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (MPWK).

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata cadangan, harapan mahupun aspirasi wanita dari peringkat akar umbi itu boleh disalurkan kepada ketua MPWK yang ada di setiap kawasan Parlimen atau pemimpin Wanita Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing.

"Program ini sudah dimulakan bulan lepas dengan kutipan cadangan, harapan mahupun aspirasi itu dilakukan dalam jangka masa dua hingga tiga bulan sebelum diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Aspirasi Wanita Zon Selatan 2012, di sini, Jumaat.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai dan Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Mohd Zain.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata MPWK mempunyai hasrat yang tinggi untuk menjayakan program berkenaan memandangkan tuntutan realiti hari ini memerlukan sumbangan wanita bagi membolehkan Malaysia berdaya saing dengan negara luar.

Shahrizat berkata sebagai permulaan, para wanita perlu menyalurkan cadangan, harapan mahupun aspirasi tersebut secara bertulis dengan mengunjungi MPWK atau pemimpin wanita BN di setiap Parlimen atau menerusi laman sosial yang siap dibangunkan, Januari depan.

"Langkah pengumpulan cadangan sudah bermula dengan penganjuran Program Gagasan Aspirasi Wanita Zon Tengah, Utara, Timur dan Selatan hari ini sebelum ke Sabah dan Sarawak.

"Sehubungan itu, saya gesa mana-mana wanita yang sekian lama tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan bagi memperbaiki diri sendiri, silalah hubungi MPWK yang wujud berhampiran mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan