118 Projek Terbengkalai Berjaya Disiapkan – Chor - Berita Semasa | mStar

118 Projek Terbengkalai Berjaya Disiapkan – Chor

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurang 118 projek perumahan terbengkalai telah siap sepenuhnya dan berjaya disambung semula, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pada Jumaat.

"Kita telah berjaya menyiapkan 118 projek dan menyerahkannya kepada pembeli tanpa mereka perlu membayar wang tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Silverlakes Property Gallery pada Jumaat.

Sementara 53 projek lagi telah disambung semula pada masa ini.

Beliau berkata pada masa ini kerajaan mensasarkan lebih daripada 100 skim pembangunan projek sakit – termasuk projek perumahan yang lewat disiapkan daripada masa yang dijadualkan.

Chor berkata kerajaan tidak mengeluarkan wang bagi menyambung semula kebanyakan projek perumahan yang terbengkalai.

Sebaliknya, beliau berkata kontraktor yang sanggup mengambil tugas untuk menyelesaikan projek yang terbengkalai itu dijanjikan ganjaran.

"Ia dipanggil kejuruteraan sosial. Mereka mungkin ditawarkan sedikit tanah kepada kontraktor terlibat.

"(Kami memberitahu mereka) agar menyelesaikan projek ini dan mereka perlu melaksanakannya sebagai timbal balik," katanya

Sebagai contoh, Chor berkata kontraktor yang berjaya menyiapkan projek terbengkalai akan tersenarai dalam skim yang disediakan.

"Melalui cara ini, kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan," katanya.

Jelasnya, pemaju juga boleh menikmati insentif-insentif tertentu apabila mereka menyiapkan projek terbengkalai.

Menurut lawan web kementerian, terdapat 235 projek 'sakit' dan 50 projek mengalami kelewatan pada akhir 2011.

Pada penghujung November 2012 pula, terdapat sebanyak 219 projek 'sakit' manakala 30 projek lewat daripada masa yang dijadualkan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan