TPM Adakan Lawatan Sehari Ke Terengganu Sabtu Ini - Berita Semasa | mStar

TPM Adakan Lawatan Sehari Ke Terengganu Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengadakan lawatan sehari ke Kuala Terengganu pada 22 Disember ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Negeri Terengganu pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Kampung Bahagia Manir yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Ini disusuli dengan majlis perjumpaan bersama pegawai pengurusan tertinggi dan profesional yang diadakan di Auditorium 1 Stadium Tertutup Gong Badak.

Muhyiddin kemudiannya dijadual hadir pada majlis sepetang bersama penghulu, ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, imam dan bilal dari seluruh Terengganu, juga di Stadium Tertutup Gong Badak, sebelum pulang ke ibu negara sebaik sahaja majlis selesai. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan