SPA Akan Semak Rekod Sebelum Pemohon Dipanggil Temuduga

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menyemak rekod pemohon bagi memastikan mereka tidak mempunyai rekod yang tidak diingini sebelum disenarai pendek untuk temuduga mulai 1 Januari ini.

Pengerusi JPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata saringan yang dibuat pada peringkat awal pemilihan akan mempercepatkan proses kerana calon akan dipastikan bersih daripada isu-isu seperti mempunyai rekod jenayah dan terbabit dengan dadah sebelum ditemuduga.

Beliau berkata pada masa ini, tapisan dilakukan di peringkat akhir pemilihan, apabila calon hampir disahkan untuk berkerja.

"Bayangkan, pada masa kita menyemak rekod individu, orang itu telah memasuki jabatan kerajaan... Itu tidak betul," katanya selepas mesyuarat ketua-ketua kementerian dan jabatan persekutuan dan pentadbiran negeri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan