Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Telus

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan terhadap aduan melibatkan 19 agensi di bawah seliaannya termasuk Polis Diraja Malaysia, adalah telus tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Sehubungan itu, Pengerusi suruhanjaya itu Datuk Heliliah Mohd Yusof meminta orang ramai untuk berani tampil melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai mahupun kakitangan agensi penguatkuasaan supaya tindakan dapat diambil.

"Siasatan tidak boleh dijalankan hanya dengan laporan media. Kami mesti bertindak mengikut fakta.

"Individu yang terlibat perlu datang membuat aduan dengan semua maklumat yang diperlukan," katanya pada sesi dialog suruhanjaya bersama orang awam di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini Khamis.

Sejak ditubuhkan pada 1 April 2011, suruhanjaya itu menerima 315 aduan di mana tiga daripadanya telah diselesaikan manakala siasatan secara menyeluruh dijalankan terhadap 51 kes.

Bagaimanapun, 96 kes lagi terpaksa ditolak atas alasan aduan yang difailkan berlaku sebelum suruhanjaya dikuatkuasakan menyebabkan badan berkanun itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu Datuk Paul Low Seng Kuan berkata orang ramai perlu faham bahawa isu rasuah melibatkan agensi penguatkuasaan perlu diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami perlu menghormati tugas-tugas yang telah dikhususkan kepada SPRM," katanya.

Selain PDRM, antara agensi lain di bawah seliaan suruhanjaya itu ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Suruhanjaya itu juga menyelia tiga bahagian penguatkuasaan kementerian iaitu Kementerian Pelancongan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan