Rokok Tiruan: KPDNKK Akan Bincang Dengan Kementerian Kesihatan & Kastam

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam usaha membanteras penjualan, pembelian dan penyeludupan rokok tiruan di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat mingguan jemaah menteri semalam memutuskan supaya KPDNKK membantu Kementerian Kesihatan daripada segi penguatkuasaan.

Difahamkan sebanyak 35 peratus rokok yang ada di negara ini adalah rokok tiruan yang diseludup, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jualan Kembali Ke Sekolah (JKKS) di Taman Tasik Bandar Permaisuri, Cheras di sini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang diterima pakai oleh Kementerian Kesihatan yang dijangka berkuatkuasakan pada suku pertama tahun depan, yang menetapkan mereka yang memiliki rokok seludup boleh diambil tindakan undang-undang.

Ismail Sabri berkata beliau telah mengarahkan pegawai kementeriannya mengadakan perbincangan dengan pegawai Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memastikan kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan itu mencapai kejayaan.

Mengenai khidmat panggilan yang tiba-tiba terputus atau 'dropped calls', Ismail Sabri berkata kementerian itu menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) negara ini.

Sejak beberapa bulan lepas juga, katanya pihak kementerian turut mengadakan beberapa dialog kepenggunaan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mencari penyelesaian kepada isu tersebut.

"Saya difahamkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pun telah memberikan kata dua kepada pihak telco supaya memperbaiki servis yang sekarang ini memang terlalu teruk.

"Sejak beberapa bulan lepas terlalu kerap kes-kes dropped calls ini berlaku malah ia turut berlaku kepada saya sendiri di mana empat kali panggilan terputus dari rumah saya ke majlis hari ini," katanya.

Mengenai persaingan caj panggilan di antara syarikat telekomunikasi itu, beliau berkata ianya akan menguntungkan pengguna kerana syarikat-syarikat tersebut akan berlumba-lumba untuk menawarkan harga dan perkhidmatan terbaik.

"Saya rasa saingan itu tiada masalah dan masing-masing mempunyai tawaran-tawaran yang berbeza-beza untuk menarik perhatian. Namun sekiranya didapati mereka meletakkan harga mahal, pengguna boleh membuat aduan kepada SKMM," katanya.

Sementara itu, beliau berkata program JKKS akan diperluaskan secara online sekiranya terdapat permintaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan