Pilihan Aliran Selepas Tingkatan Tiga Dicadang Supaya Diminimumkan

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan aliran bidang pelajaran di sekolah menengah dicadangkan supaya dikurangkan ke tahap minimum bagi mengembalikan minat pelajar dalam pembelajaran sains dan matematik.

Naib Canselor University Malaysia of Computer Science and Engineering Datuk Dr Halimaton Hamdan berkata berbanding dahulu, pelajar di tingkatan empat sekarang boleh membuat pilihan sehingga lapan aliran.

"Ini membuatkan pelajar tidak tahu memilih dan bidang-bidang yang ditawarkan itu seperti kejuruteraan adalah tidak relevan dengan peringkat umur mereka.

"Jadi kita cadangkan dilihat semula perkara ini supaya ia balik kepada sistem asal kepada dua pilihan aliran sahaja iaitu sains dan sastera," katanya dalam sesi soal jawab Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan syarahan bertajuk 'Sains dan teknologi 2020: Impak jangka panjang kurang minat terhadap sains dan matematik'.

Selain itu, Halimaton berkata pihak media, antara lain perlu memainkan peranan mewujudkan contoh ikutan dalam bidang sains untuk menarik minat golongan muda dalam bidang itu.

"Kita perlu maklumkan kepada mereka bahawa, belajar sains bukan hanya untuk menjadi saintis, tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih maju," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga perlu mengkaji semula penilaian amali makmal ujikaji di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mengguna pakai makmal sedia ada di setiap sekolah secara optimum untuk mengembalikan semula minat golongan muda.

Pada Rabu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan PendidikanDatuk Dr Amin Senin mengumumkan bahawa mata pelajaranSains dan Matematik menunjukkan penurunan masing-masing 0.02 mata dan 0.01 mata dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah 2012.

Konvensyen dua hari berakhir pada Khamis yang diadakan sempena sambutan hari ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara, Yayasan Wangsa Perdana, Mahathir Distinguished Fellowship Programme dan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan