Pihak Berwajib Perlu Siasat Amanat Hadi - Shafie - Berita Semasa | mStar

Pihak Berwajib Perlu Siasat Amanat Hadi - Shafie

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak berwajib perlu menyiasat dengan lebih teliti amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang membawa kepada perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata siasatan tersebut perlu dilakukan dengan segera agar tidak berlaku kekeliruan dan keraguan di kalangan orang Islam itu sendiri.

"Maklumlah bila ada kepentingan politik kadang-kadang agama diperalat oleh pihak tertentu dan kita tak ingin perkara ini berlaku hingga timbul kekeliruan dan perpecahan umat Islam," katanya kepada pemberita, Khamis.

Mohd Shafie berkata disebabkan amanat tersebutlah menjadikan orang PAS yang taksub sanggup tidak mahu solat berimamkan orang Umno, tidak mahu makan masakan yang dimasak oleh Umno dan ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Himpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kedah dan Pelancaran Jom P Karnival Niaga Napoh dekat sini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan