Pekebun Kecil Akan Dibantu - Shafie

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membantu pekebun kecil di negara ini untuk mempelbagaikan pendapatan mereka bagi mengelakkan mereka terlalu bergantung kepada hasil komoditi sebagai punca pendapatan.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kementerian akan memastikan pekebun kecil seperti di Risda dan Felcra mendapat pembelaan daripada kerajaan dalam usaha meningkatkan mata pencarian.

"Bukan setakat bantuan untuk meningkatkan produktiviti seperti benih dan baja. Ini tentang bagaimana untuk meningkatkan kesinambungan pendapatan. Bukan hanya bergantung kepada getah dan kelapa sawit.

"Kita tidak mahu mereka bergantung sangat kepada harga komoditi...kalau harga getah turun tiada pendapatan lain. Kita akan susun supaya langkah ini membantu pekebun kecil," katanya pada Majlis Bersama Pekebun Kecil Risda dan Peserta Felcra Berhad Negeri Kedah di Kompleks Paya Mak Inson dekat sini Khamis.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Felcra Datuk Tajudin Abdul Rahman.

Mohd Shafie berkata kerajaan telah lama membantu pekebun kecil dengan penubuhan agensi terlibat sejak awal 1970-an untuk memastikan masyarakat kampung dan luar bandar mendapat pembelaan.

"Kita pastikan mereka dapat kemudahan asas seperti jalan, air, rumah, elektrik untuk dinikmati dan keselesaan mereka ditingkatkan. Semua dapat manfaat tanpa kira fahaman politik. Itu pun orang kata kita zalim, tak adil. Program ini akan diteruskan ke merata tempat," katanya.

Terdahulu dalam majlis berasingan di Jitra, Mohd Shafie berkata sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan diwujudkan di Kedah bagi memberi peluang kepada petani, penternak dan nelayan di negeri ini dan Perlis memasarkan hasil pertanian mereka.

"Saya lihat di tapak di kawasan Napoh ini sesuai untuk dijadikan pusat RTC dan kita akan gabungkan 31 mini RTC di seluruh negeri ini demi kemudahan kepada penduduk kampung di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan(JKKKP) Kedah dan Pelancaran Jom P Karnival Niaga di Napoh.

Selain itu, katanya beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia akan ditempatkan di kawasan RTC berkenaan untuk dijadikan tempat rujukan golongan belia yang mencari pekerjaan.

Shafie berkata selain Kedah, RTC juga bakal diwujudkan di Pahang dan Johor bagi membolehkan golongan luar bandar mendapat manfaat, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan