MPWK Kumpul Sejuta Harapan, Aspirasi Wanita Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (MPWK) di bawah Program Gagasan Aspirasi Wanita akan mengumpul sejuta harapan dan aspirasi wanita di seluruh negara sejajar matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju tahun 2020.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata MPWK akan memulakan kutipan cadangan, idea, maklum balas, harapan dan aspirasi daripada badan bukan kerajaan dan wanita tanpa mengira umur dan latar belakang untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Langkah tersebut kini sedang bermula selepas menganjuran Program Gagasan Aspirasi Wanita di Zon Tengah, Zon Utara dan hari ini di Zon Timur sebelum ke Zon Selatan dan Zon Sabah Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Gagasan Aspirasi Wanita Zon Pantai Timur di sini, Khamis.

Beliau berkata peluang tersebut boleh digunakan oleh wanita untuk menyampaikan hasrat, idea mahupun doa yang boleh mengangkat martabat wanita di negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya sasaran untuk mengumpul harapan dan aspirasi satu juta ataupun lebih, melalui apa juga saluran yang dibuat oleh MPWK bukan sahaja terhad kepada wanita dalam negara ini, malah wanita Malaysia di luar negara.

"Kita jangka usaha ini akan dapat dicapai dalam masa dua bulan lagi sebelum ia dapat kita serahkan pada satu majlis yang kita panggil Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita 1Malaysia yang akan ditetapkan nanti," katanya.

Katanya program itu juga melibatkan kumpulan Wanita Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Menurutnya dengan adanya usaha itu, ia diharap dapat menjadi satu 'lebuh raya' kepada wanita untuk menempuh cabaran dan lanskap baru politik, ekonomi dan sosial menjelang tahun 2020 nanti.

"Sekarang, cuma tinggal tujuh tahun lagi untuk kita sampai ke tahun 2020, kita perlu melakar satu pelan baru kepada wanita berdasarkan kepada harapan dan aspirasi mereka," katanya.

Seramai 500 peserta dari Pahang, Terengganu dan Kelantan hadir pada Program Gagasan Aspirasi Wanita Pantai timur itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan