Lima Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Kaji Pembinaan Kondominium Batu Caves

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu mengumumkan pelantikan lima profesional bagi menganggotai satu jawatankuasa bebas yang ditubuhkan yang meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ahli jawatankuasa itu akan mengkaji isu terbabit secara bebas dan profesional dan memberi nasihat kepada kerjaan negeri bagi menangani isu tersebut secara telus dan berhemah.

"Mereka yang dilantik terdiri daripada Orang Besar Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir; pakar bedah neuro Dr M. Nachiappan; bekas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ranita Hussein; pakar undang-undang pembinaan Harbans Singh dan ahli geologi Tan Boon Kong.

"Kerajaan Selangor berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan perkara ini.

"Saya akan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa bebas ini dalam tempoh terdekat sebagai tanda bermulanya tugas rasmi mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan