Keputusan Kerajaan Longgarkan Sekatan Ke Israel Sebagai "Hadiah Awal Krismas" - Penganut Kristian

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Kerajaan menlonggarkan sekatan atas lawatan ke Israel dianggap sebagai "hadiah awal Krismas".

Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Rev Hermen Shastri berkata mereka bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana menunaikan permintaan penganut agama Kristian di negara ini.

"Perdana Menteri telah mengambil kepentingan dalam perkara ini dan menyelesaikannya. Kami berterima kasih kepada beliau dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan," katanya yang menggambarkan ia sebagai "hadiah yang disambut baik".

Katanya, langkah itu, akan menjadikan lebih mudah untuk orang-orang Kristian menyertai lawatan dalam kumpulan yang dianjurkan.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen Ng, yang merupakan seorang Kristian, berkata ia adalah "hadiah terbaik Krismas" untuk masyarakat.

"Ia juga mencerminkan keyakinan bahawa Malaysia memberi kepentingan terhadap penganut Kristian. Pergi ke Baitulmuqaddis, tidak membuatkan kita kurang rasa patriotik. "

Kata Dr Ng, kelonggaran pada sekatan menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah meletakkan keperluan rakyat sebagai perkara pertama dan menjadi inklusif.

Kumpulan ketua editor The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, yang pernah ke Israel atas urusan keagamaan berharap bahawa kerajaan akan kekal konsisten dengan pemerintah baru.

Beliau juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan dan menyifatkannya sebagai "hadiah terbaik Krismas" kepada Kristian.

"Penganut Kristian yang menziarahi Israel adalah untuk memenuhi keperluan rohani mereka," katanya.

"Kebanyakan tempat-tempat suci juga terletak di kawasan Palestin dan lawatan itu juga telah membuka mata rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin,"

"Saya lebih bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin selepas membuat lawatan ke sana,"kata Wong

Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Rev Dr Thomas Philips berkata: "Keputusan terhadap melonggarkan sekatan tersebut adalah telah lama tertangguh."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan