Kalah Taruhan: Branson Akan Jadi Pramugari AirAsia Pada Mei Ini

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jutawan pemilik Virgin Group, Richard Branson akan memakai skirt merah dan menghidangkan minuman dalam penerbangan AirAsia pada Mei tahun depan.

Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes dalam laman sosial twitter miliknya memberitahu:

"Sekarang di sini ada seorang lelaki dengan penghormatan @ richardbranson yang menghubungi saya untuk melaksanakan pertaruhan.

"Dia akan menjadi pramugari Airasia pada bulan Mei."

Fernandes berkata walaupun Branson telah dua tahun lewat melaksanakan pertaruhan tersebut, namun dia tidak memungkirinya.

Pada Disember 2009, Branson telah mencabar pasukan Lotus F1 Fernandes untuk mengalahkan kumpulan Virgin Racing pada 2010 Formula 1.

Yang kalah akan berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan pemenang.

Bos Virgin kalah dan perlu melaksanakan janjinya.

Beliau bagaimanapun cedera lutut pada tahun 2011, dan menangguhkan "hukuman" tersebut.

Sebelum ini dilaporkan bahawa, Branson akan memakai pakaian seragam yang direka khas dan akan melayani penumpang dalam penerbangan yang disewa di antara Kuala Lumpur dan London.

Semua hasil daripada penerbangan akan disalurkan ke organisasi amal pilihan Branson.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan