Asean, India Dijangka Tanda Tangani Perjanjian Perkhidmatan Dan Pelaburan Ogos 2013

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Asean dan India bersetuju menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Perkhidmatan dan Pelaburan pada Ogos tahun depan.

"Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh telah melahirkan rasa puas hati bahawa Asean dan India telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Perkhidmatan dan Pelaburan pada Ogos tahun hadapan," katanya.

Najib berkata, dengan langkah liberalisasi beberapa subsektor, maka sudah tentu syarikat-syarikat Malaysia boleh mengambil kesempatan itu untuk menambahkan lagi penglibatan mereka dalam sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, pelancongan, pengangkutan, komunikasi, pembinaan dab sebagainya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh di sini Khamis.

Perdana Menteri berada di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India selama dua hari yang bermula Khamis. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan