Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Timur

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur dinaikkan taraf ke kategori kedua dengan ombak dijangka mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga 3 Jan depan.

Sementara itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj berserta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang, Johor Timur, Tioman, pedalaman Sabah, serta Pantai Barat, Kudat,dan Sandakan di negeri itu, Labuan, Sarawak, Bunguran, Reef South dan Sulu secara berterusan dalam tempoh masa yang sama.

Sementara kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut secara berterusan sehingga Rabu depan, menurut jabatan itu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan termasuk penangkapan ikan, menurutnya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan