13 Jenis Barangan Harga Terkawal Sempena Krismas - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 20 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada rabu mengumumkan 13 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu berkuat kuasa selama lima hari dari 23 hingga 27 Disember dan kementerian menggerakkan 1,900 penguat kuasa, 1,500 pemantau harga dan 60,000 anggota skuad pengguna untuk memastikan peniaga mematuhinya.

Antara barangan terbabit ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7/kg), ayam super (RM7.80/kg), ayam belanda import (RM23/kg) dan daging kambing tempatan bertulang (RM35/kg), katanya pada sidang media di sini.

Barangan lain ialah daging kambing biri-biri import bertulang (RM19.50/kg), daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan tidak termasuk paha (RM23/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24/kg), telur ayam gred A (35 sen sebiji), B (34 sen) dan C (33 sen), tomato(RM4/kg) serta lada benggala hijau (RM8.50/kg).

Katanya peniaga yang didapati melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Beliau turut mengingatkan peniaga agar meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan terbabit dan jika gagal boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Katanya sebanyak 232 kes direkodkan berhubung pelanggaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sepanjang tahun ini dengan nilai kompaun RM26,848.50.

"Negeri yang paling banyak buat kesalahan di bawah barangan harga terkawal ialah Pulau Pinang iaitu sebanyak 58 kes diikuti dengan Selangor sebanyak 51 kes.

"Kebanyakan kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga ditetapkan dan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu," katanya.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim tersebut boleh dibuat menerusi e-mel.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan