Yuran Agensi Pembantu Rumah Akan Dikaji Semula

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengkaji semula struktur kos untuk membawa masuk pembantu rumah dari republik itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, timbul beberapa kerumitan dengan yuran terkini agensi yang ditetapkan pada RM4,511.

"Kita bersetuju bahawa yuran agensi perlu diletakkan pada kadar lebih munasabah untuk membenarkan Perjanjian Lombok dilaksanakan sepenuhnya," katanya kepada media selepas rundingan tahunan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudho-yono di sini, Selasa.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada Oktober tahun lalu, bakal majikan perlu membayar yuran aganesi sebanyak RM4,511 termasuk RM2,711 yang perlu dibayar kepada agensi dan RM1,800 sebagai bayaran pendahuluan yang boleh diperolehi semula secara ansuran dari gaji pembantu rumah dalam tempoh enam bulan.

Pembantu rumah sepatutnya tiba di negara ini awal tahun ini tetapi jumlahnya kurang kerana agensi terbabit mendakwa yuran adalah terlalu rendah untuk menampung kos mereka dan sukar mendapat keuntungan.

Susilo bersetuju dengan Najib bahawa timbul isu dalam melaksanakan Perjanjian Lombok terutamanya berhubung yuran agensi dan menekankan keperluan untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif.

"Kita sudah ada Perjanjian Lombok yang meliputi perlindungan dan penggunaan tenaga kerja Indonesia tetapi wujud beberapa isu yang timbul menerusi rangka kerja ini...kita akan mencari penyelesaian secara baik," katanya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, ketika ditemui kemudian, menjelaskan bahawa kadar yuran baru yang dicadangkan agensi pembantu rumah ketika mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia - Indonesia di Jakarta minggu lalu adalah terlalu tinggi.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut jumlah yuran yang dicadangkan itu.

"Perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat hari ini (Selasa) dan kerajaan Indonesia bersetuju untuk membenarkan ia dirundingkan semula. Kita akan cuba menetapkan kadar yang boleh diterima bersama," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan