Susilo Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepemimpinan Keamanan UUM

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Rabu dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepemimpinan dan Keamanan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Susilo pada konvokesyen khas di Istana Negara, di sini.

Tuanku Abdul Halim pada majlis itu bertitah anugerah yang julung kali diberikan itu adalah bagi mengiktiraf sumbangan besar Susilo kepada kepada keamanan sejagat.

Seri Paduka berharap penganugerahan itu dapat menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin hari ini dan akan datang untuk terus mempergiat usaha ke arah keamanan dunia terutama bagi rantau Asia.

Baginda juga bertitah tautan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia-Indonesia beserta negara serantau dapat disemarakkan lagi dengan adanya sifat kepimpinan keamanan dalam kalangan pemimpin negara Asia Tenggara serta kemuafakatan penduduk.

"Keakraban Malaysia-Indonesia yang terjalin selama ini baik di peringkat kepimpinan dan juga di peringkat rakyat jelata telah menjamin keamanan rantau ini.

Walaupun terdapat beberapa usaha untuk melemahkannya namun keakraban dan kesefahaman antara Malaysia-Indonesia terus kukuh seterusnya menjamin keamanan dan kemakmuran rantau ini," titah Seri Paduka.

Turut berangkat Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim, yang juga Pro Canselor UUM Susilo tiba di sini semalam bagi menghadiri Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-Indonesia di Putrajaya, dan berlepas pulang tengah hari Rabu.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pada majlis itu turut berkata kesungguhan serta usaha Susilo untuk mewujudkan keamanan sejagat tidak dapat diragukan dengan kejayaannya menyelesaikan konflik Acheh yang selama 30 tahun menggugat kestabilan Indonesia serta menggunakan pendekatan insaniah atau 'soft power' dalam membina hubungan dengan Timor Leste.

"Presiden Susilo juga memulakan inisiatif untuk merumuskan suatu konsensus Asia Tenggara mengenai Laut Cina Selatan yang kemudian dikenali sebagai 'six-point principles' selain mementingkan gerak kerja keamanan dunia dengan mengirimkan pasukan keamanan ke kawasan konflik seperti di Congo dan Lubnan," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan