Saintis Unimas Terima Anugerah Menerusi Kajian Malaria Knowlesi

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Balbir Singh merupakan antara 27 saintis yang menerima anugerah 'Top Scientist Malaysia' daripada Akademi Sains Malaysia menerusi kajiannya tentang penyakit malaria knowlesi.

Unimas dalam kenyataan di sini pada Rabu, berkata antara lain, kajian itu yang dilapor menerusi The Lancet pada 2004, mendedahkan 'plasmodium knowlesi' iaitu parasit malaria ditemui pada monyet, turut menjangkiti manusia berdasarkan beberapa kes di Kapit.

Kajian susulan mendapati kes sedemikian berlaku secara meluas di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara serta boleh membawa maut.

Parasit itu kemudian diiktiraf sebagai penyebab kelima kepada jangkitan malaria dalam kalangan manusia, dan mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengadakan persidangan pada Februari 2011 bagi membincangkan implikasi malaria knowlesi.

Kajian tersebut yang dilakukan pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Malaria Unimas yang diketuai Balbir, turut mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa termasuk BBC dan Reuters.

Sementara itu, Balbir berkata kajian mengenai malaria knowlesi membolehkan pesakit dirawat daripada awal sekali gus menyelamatkan nyawa, terutama di Sabah dan Sarawak yang membabitkan antara 50 dan 60 peratus pesakit malaria di sesetengah hospital. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan