Pengumuman MAS Ambil Alih Pesawat Baru Tiada Kesan Positif

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengumuman Malaysia Airlines (Mas) pada Selasa untuk mengambil alih 36 pesawat baharu ATR 72-600 tidak diterima sebagai berita postif oleh para pelabur dan syarikat penyelidikan.

Harga saham Mas turun 1.0 sen atau 1.42 peratus kepada 69.5 sen sehingga jam 12.04 tengah hari Rabu, selepas berkisar antara 68.5 sen dan 71.5 sen, dengan 8.871 juta lot bertukar tangan.

Adalah dilaporkan bahawa Mas telah membeli 36 pesawat baharu ATR 72-600 pada harga RM3 bilion dari ATR, iaitu pengeluar pesawat turboprop berpangkalan di Toulouse, Perancis.

Firefly akan mendapat 20 pesawat baharu manakala 16 akan menyertai MASwings.

Serahan ATR 72-600 itu dijadualkan bermula akhir suku kedua 2013 bagi melengkapi permintaan perkhidmatan Firefly dan menyokong pelan pengembangan rangkaian MASwings.

Alliance Research percaya perbelanjaan modal RM3 bilion itu akan menambah lagi tekanan pada kunci kira-kira Mas, berikutan nisbah hutang berbanding modalnya sebanyak 3.1 kali yang tinggi.

Risiko utama pemulihan Mas ialah peningkatan persaingan yang bukan sahaja dari syarikat penerbangan penyedia perkhidmatan penuh (FSC) yang lain, malah juga dari syarikat penerbangan kos rendah (LCC) seperti AirAsia, di tengah-tengah peningkatan kapasiti industri dan tinjauan makroekonomi yang suram.

"Kami menekankan mengenai sumbangan keuntungan dari Firefly dan MASWings kepada Mas secara relatifnya kecil berbanding dengan operasi jetnya.

"Buat masa ini, kami masih tidak berupaya melakukan pengiraan kesan perkembangan baharu ini terhadap pendapatan Mas berikutan kekurangan maklumat dan secara khususnya di segi jadual serahan pesawat baharu," katanya dalam nota berasingan.

Syarikat penyelidikan itu mengulangi saranan "jual" terhadap saham Mas dengan sasaran harga tidak berubah RM0.55. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan