Peneroka Felda Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Hasutan - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Peneroka Felda Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Hasutan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa warga Felda termasuk peneroka supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak tertentu yang berniat menimbulkan masalah dan perbalahan dalam kalangan mereka.

Beliau berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu berpaksikan agenda politik sempit bertujuan menjatuhkan bukan sahaja kredibiliti Felda tetapi juga kerajaan.

"Sejak kebelakangan ini, banyak isu ditimbulkan pihak tertentu dengan tujuan mengeliru dan memecahbelahkan warga peneroka atau masyarakat setempat," katanya sambil memberitahu mereka bertindak demikian walaupun sedar Felda telah sekian lama membantu menjayakan pembangunan sosioekonomi negara.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis Semai Bakti Felda 2012 di sini malam Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata pendekatan turun padang oleh pihak pengurusan Felda perlu dipergiatkan bagi mengelak pihak lain yang mempunyai agenda tersendiri mengambil kesempatan terhadap warga Felda.

Muhyiddin menarik perhatian banyak program baharu yang dilaksanakan berjaya meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat peneroka di tanah rancangan Felda.

Menurutnya satu pencapaian signifikan Felda ialah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Jun lalu yang menyaksikan tawaran awam permulaan kedua terbesar di dunia tahun ini selepas penyenaraian Facebook.

Beliau berkata kerajaan amat bangga kerana FGV kini menjadi pengeluar minyak sawit utama Malaysia, melibatkan rangkaian perniagaan di negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, China, Australia, Afrika Selatan, Indonesia, Perancis dan Turki.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyampaikan Pingat Semai Bakti kepada 18 penerima atas sumbangan cemerlang kepada organisasi Felda. Mereka menerima saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) bernilai RM5,000 seorang.

Empat lagi kakitangan Felda yang dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik masing-masing membawa pulang saham KPF bernilai RM5,000 dan sijil kecemerlangan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan