KKIA Selamat - Kementerian Pengangkutan

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menyangkal kenyataan sebuah syarikat bahawa landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tidak selamat untuk pendaratan dan pelepasan pesawat serta operasi lain.

Katanya Jabatan Penerbangan Awam, sebagai pihak berkuasa mengenai standard lapangan terbang, dan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad, mengesahkan bahawa KKIA memenuhi standard yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi operasi lapangan terbang.

"Landasan KKIA sentiasa diperiksa dan didapati mematuhi standard yang ditetapkan serta bersedia dan selamat untuk digunakan bagi operasi pesawat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kementerian itu berkata Ketua Pangarah Jabatan Penerbangan Awam menasihati orang ramai supaya tidak bimbang tentang keselamatan di KKIA.

Kementerian itu mengeluarkan kenyataan berkenaan sebagai respons kepada kenyataan Global Upline Sdn Bhd (GUSB) semalam bahawa pihaknya menghentikan semua kerja menaik taraf KKIA mulai 17 Disember.

Ketua penasihat syarikat itu Tan Sri Ting Pek Khiing berkata Kementerian Pengangkutan gagal memenuhi janjinya untuk mengeluarkan Sijil Penyiapan Praktikal kepada GUSB setelah kerja bagi Seksyen Satu dalam Pakej 2 projek berkenaan siap menjelang 30 April tahun ini.

Beliau mendakwa perkara itu bererti landasan berkenaan tidak selamat untuk operasi pendaratan dan pelepasan pesawat serta operasi lain di lapangan terbang berkenaan.

Kementerian itu berkata ia mengambil langkah untuk memastikan keselamatan penumpang terjamin pada setiap masa.

Menjawab perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan GUSB berhubung kerja menaik taraf KKIA, kementerian itu berkata kontraktor terbabit gagal menyiapkan sepenuhnya kerja menaik taraf lapangan terbang itu dalam tempoh kontrak yang ditetapkan.

"Oleh itu, kementerian mengeluarkan Certificate of Non-Compliance (CNC) dan Liquidated and Ascertained Damages (LAD) kepada GUSB kerana kontraktor terbabit gagal menyiapkan semua kerja dalam Seksyen Satu menjelang 30 April, 2012 berdasarkan perjanjian tambahan," kata kenyataan itu.

Katanya tindakan yang diambil kementerian itu terhadap kontraktor terbabit adalah sejajar dengan terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan