Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang Berkaitan Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 adalah antara tiga rang undang-undang berkaitan kewangan yang diluluskan Dewan Negara pada Rabu.

Dua lagi ialah Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 dan Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika menggulung Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 berkata rang undang-undang itu antara lain bertujuan membantu Bank Negara menjaga kerahsiaan maklumat perbankan individu.

"Peruntukan kerahsiaan ini cukup penting, ia merupakan tonggak kejayaan perbankan di mana-mana saja di seluruh dunia, bahkan ada sesetengah negara begitu menjaga kerahsiaan sehingga menjadi pusat tarikan kepada simpanan wang seperti di Switzerland dan Singapura," katanya.

Beliau menambah jika setiap orang boleh mendapat maklumat perbankan individu dan menyebarnya, maka tiada siapa yang ingin menyimpan di bank terbabit.

Menggulung Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Islam 2012 pula, Awang Adek berkata ia diwujudkan bagi menyokong usaha kerajaan menjadikan negara ini pusat perbankan kewangan Islam terkemuka dunia.

"Rang Undang-undang ini, selaras dengan objektif kerajaan untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa dan peneraju sistem perundangan bagi kewangan Islam yang maju," jelasnya.

Sementara itu, persidangan dewan turut meluluskan Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 bagi mewujudkan sebuah tribunal khusus untuk mengurus dan mendengar kes mengenai pengurusan strata dengan membolehkan pihak yang tidak berpuas hati menyalurkan tuntutan berkaitan penyenggaraan dan pengurusan.

Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan